Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Maaf kerana agak lama tak update blog. Kekangan waktu membataskan diri ini untuk meng'update' blog ini. Selama 2 bulan menyepi kini kami kembali dengan lebih yakin. InsyaAllah semoga Allah memudahkan segala urusan semua.
Sedikit maklumat berkenaan susu kambing...
Susu Kambing
SUSU KAMBING (Kambing Saanen)
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianaya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
- Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
- Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
- Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
- Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
- Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
(GM/LITER)
KANDUNGAN | GM/LITER |
Bahan kering | 15 - 135 |
Lemak | 35- 40 |
Laktos | 47 - 52 |
Protin - Casein Albumin Globulin | 27 - 30 |
Abu | 5 - 6 |
PERBANDINGAN KOMPOSISI SUSU KAMBING DENGAN LAIN-LAIN SUSU
Perbandingan kandungan bahan susu mengikut peratus
BAHAN | KAMBING | LEMBU | MANUSIA |
Air | 87.5 | 87.5 | 86.8 |
Lemak | 3.9 | 3.7 | 3.8 |
Protin | 3.2 | 3.1 | 1.3 |
Laktos | 4.5 | 4.6 | 7.8 |
Abu | 0.8 | 0.7 | 0.2 |
PERBANDINGAN KANDUNGAN VITAMIN
Perbandingan mengikut gm/liter
VITAMIN | KAMBING | KERBAU | LEMBU |
Vitamin A | 2070 | 1669 | 1560 |
Vitamin D | 23.7 | t.m | t.m |
Riboflavin | 1.84 | 1.07 | 1.75 |
Asid Nikotik | 1.87 | 1.71 | 1.94 |
Choline | 150 | t.m | 121 |
Inositol | 210 | t.m | 110 |
Vitamin B1 | 0.0006 | 0.0043 | 0.0043 |
Nota: t.m - tiada maklumat
KAMBING SUSU
KEBAIKAN KAMBING SUSU Ketulan lemak yang lebih kecil - mudah hadzam Mengandungi Vitamin D bentuk semula jadi Kandungan protin yang lebih tinggi Kurang alahan |
sumber: infoternak.gov.my
Al Islah Agro farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan