Wednesday, May 7, 2008

Projek Mini Ternak Keli

Assalamualaikum wbt.,

Tup tup tup, dah siap satu kolam tangki ikan keli aku. Macam tak percaya je... hehe.
Sorry la, posting ni cerita pasal keli pulak. Last weekend memang memenatkan, apa taknya duk sibuk kemaskan laman rumah & prepare untuk masukkan satu tangki untuk ternak keli.

Sabtu pi beli tangki 200 gelen punya & accessories. Kemas laman rumah & etc etc... Hari ahad duk buat piping untuk masukkan water pump. Ntah la betul ke ternak keli guna water pump.... aku try je sebab tak mau air tu kotor & berbau. Masukkan 10 ekor je anak ikan keli, tu pun ehsan jiran cum jamaah surau, Alhamdulillah dapat la jugak ikan keli percuma buat permulaan. Seronoknya...

Hari isnin, beli makanan ikan.. mak oooiii mahal gak makanan ikan keli ni.. RM48 untuk 20kg palet ikan, huh serba serbi mahal sekarang ni.

Hari selasa, follow jiran pi kebun dia tengok kolam ikan dia. Sempat la amik nenas & ubi kayu sikit. Syukur murah rezeki hari tu. Lepas tu pi kandang sat, tengok anak kambing yang baru lahir hujung bulan lepas. Geramnya tengok anak kambing tu... comelnya. Semangat kekambingan semakin kuat. Plan nak tambah lagi. InsyaAllah. Lepas tu pi beli benih ikan keli kat Meru, Alhamdulillah dapat beli dalam 200 ekor untuk dimasukkan ke dalam kolam tangki aku.. hehe bestnya.

Hari ni, duk buat piping & setting water pump. Dah settle dah tangki pertama ikan keli aku di laman rumah sendiri. Water pump pun berfungsi dengan baik. Semoga Allah permudahkan segala urusan menternak keli ni.

Sekarang ni ada la dalam 210 ekor ikan keli pertama aku di tangki pertama aku. Tak lama lagi kalau ada rezeki boleh la makan keli organik sendiri...

Gambar nanti menyusul, terlupa lak nak snap.. hehe sebab terlalu asyik nak siapkan tangki sampai terlupa nak snap foto.

Terima kasih kepada Abg Mansor, jiran yang banyak membantu menjayakan projek mini ikan keli ini. Juga terima kasih kepada family tercinta yang sentiasa mendorong dalam segala aspek.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Next kolam akan menyusul.. tunggu.

Wassalam,
Al Islah Agro Farm

7 comments:

Nasir said...

Tahniah Bro, sekarang dah buat ternakan ikan keli. Keep up the good job. Lepas ni ada Kambing dan Keli.
http://rantauagrofarm.blogspot.com/

Anonymous said...

TQ RAF, anda pun apa kurangnya.. semoga Allah permudahkan segala urusan...

Hamdan said...

Kami pembekal tanki poly

qhaila.webs.com
Hamdan 0125598293

Wan G-Han said...
This comment has been removed by the author.
Wan G-Han said...

bro... ternak ikan keli dalam tangki air tu ke? aku pun ada dlm 200 ekor anak keli. 100 berumur 2 mingu dan 100 lg dh hampir sebulan. aku letak asing2. buat masa sekarang yg anak 2 mingu tu aku pakai akuarium besar jer, yg 100 lg tu aku taruk dlm bekas plastik yg besar dlm 1 meter persegi. brape harga satu tangki air tu ek? mana murah kalo tempah yg fiber?

ikan2 keli bro takde ke yg mati? yg saya punya ada gak 3-4 hari skali jumpe mati 2-3 ekor tapi tak tau sebab musabab dia lg. ada gak pelihara tilapia, beli benih 50ekor, skrg tingal 15ekor jer. tp dh besar jgk la.. dlm sebulan dah. letak dlm akuarium pakai pum udara kecik tu.

Unknown said...

Asalamualaikum...saya pon gatal gak .tnpa ada ilmu saya beli 200eko. Mati 4eko sbab air berbau.pg tadi pindahkn kat tangki baru.dgn air yg baru.utk btukar fikiran wasap jom 019-3927169

Unknown said...

Asalamualaikum...saya pon gatal gak .tnpa ada ilmu saya beli 200eko. Mati 4eko sbab air berbau.pg tadi pindahkn kat tangki baru.dgn air yg baru.utk btukar fikiran wasap jom 019-3927169