Wednesday, July 9, 2008

Silaj - Bahagian 1

Assalamualaikum wbt.,

Hari ini kita belajar sikit tentang silaj... Artikel dari
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Agronomi/Silaj.htm

Selamat membaca...

SILAJ

Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.


PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ

Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.

Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35 % akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65 – 75 % (25 – 35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.


KAEDAH MEMBUAT SILAJ

Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek di antara 3 – 15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organik (sulfuric, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga menggunakan asid organik (formic, propionik) tetapi bahan-bahan tersebut sangat mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh di dapati dengan lebih murah seperti molas dan bijirin.

Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan ini bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

Bersambung....


Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Friday, July 4, 2008

Kursus Penternakan Kambing Boer

Assalamualaikum wbt.,

'Tuntutlah Ilmu sampai ke Negara China'.
'Menuntut Ilmu adalah wajib atas semua umat Islam'
'Tuntutlah Ilmu dari buaian hingga ke liang lahat'

Itulah antara ayat-ayat yang kita selalu dengar tentang tuntutan menuntut ilmu yang pelbagai di atas muka bumi yang dicipta oleh Allah SWT.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapatlah aku mengikuti Kursus Penternakan Kambing Boer yang dijalankan di MARDI Serdang, Selangor. Kursus yang memakan masa selama 4 hari penuh iaitu pada 16-19 Jun 2008. Berbagai ilmu tentang kambing secara teori & praktikal telah dicurahkan oleh pakar-pakar dari MARDI. Terima kasih & halalkan ilmu tersebut.

Terima kasih juga kepada sahabat aku yang telah mengusahakan aku untuk turut serta dalam kursus tersebut. Seramai 30 orang telah bersama-sama aku berkursus pada tarikh tersebut.

Antara ilmu-ilmu yang dipelajari :
  • Hari Pertama
  • Pengenalan Industri Penternakan Kambing
  • Baka-baka & Pemilihan untuk Pembakaan Terkini
  • Fisiologi & Teknik-teknik Pembiakan Terkini
  • Demonstrasi & Teknik-teknik Pembiakan Terkini
  • Makanan & Pemakanan Kambing

  • Hari Kedua
  • Penuaian & Pemprosesan Kambing Pedaging
  • Amali : Penuaian Daging Kambing
  • Amali : Pemprosesan Blok Multinutrien - Urea Molases
  • Amali : Pengenalan Sumber Makanan & Pemprosesan
  • Pengurusan & Sistem Pemeliharaan Kambing
  • Hari Ketiga
  • Lawatan ke Ladang Ternakan
  • Kemudahan Pembiayaan Bank
  • Hari Keempat
  • Kesihatan & Pemgawalan Penyakit
  • Pemprosesan Bahan Kumuhan Pepejal Kambing Sebagai Baja Organik
  • Ekonomi Pengeluaran Kambing

Itulah serba ringkas kandungan kursus tersebut. Berikut sedikit foto semasa kursus...



Teknik untuk mendapatkan Air Mani Kambing Jantan untuk kaedah AI.



Cara melapah kambing



Cara membuat Blok Multinutrien-Urea Molases



Cara membuat Silaj

Semoga ada manfaat.

Al Islah Agro farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Tuesday, July 1, 2008

Tanah oh tanah

Assalamualaikum wbt.,

Berita terkini Al Islah Agro Farm, Alhamdulillah kami telah mendapatkan sebidang tanah seluas 6 ekar di Bentong, Pahang Darul Makmur.

Kini proses memg'clear'kan tanah sedang dilakukan. Ini akan memakan masa beberapa minggu. InsyaAllah beberapa perancangan telah difikirkan untuk diusahakan tanah tersebut. Sebahagian darinya akan digunakan untuk ternakan ikan air tawar.

Semoga Allah memudahkan urusan kami & sahabat-sahabat semua. Doakan kami.

Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Monday, June 9, 2008

Jamnapari Pertama Al Islah

Assalamualaikum wbt.,

Dah agak lama tak update blog ni. Kali ni nak cerita pasal Jamnapari Al Islah pulak. Pada awal Jun 2008, Al Islah telah membeli 3 ekor anak jamna betina untuk dibiakkan. InsyaAllah ini merupakan projek perintis Jamna Al Islah untuk sama-sama menjayakan industri penternakan negara. Walaupun Al Islah masih baru tapi semangat Al Islah tak pernah luntur untuk sama-sama maju dalam bidang ini.

Al Islah juga tengah fokus untuk menjual kambing kampung yang agak lama dipencilkan dari arus penternakan negara. Ini bukannya langkah kebelakang tetapi kami melihat ini sebagai meneruskan tradisi orang-orang lama yang masih ingin kambing kampung dipelihara & dibiak dengan baik. Permintaan kambing kampung memang tinggi terutama untuk aqiqah & korban kerana harganya berpatutan & secara tak langsung membantu golongan kurang mampu untuk menunaikan hajat aqiqah & korban mereka.

Masyarakat kita masih utuh dengan kambing kampungnya, tak salah kalau kita sama-sama menternak kambing kampung. Jangan salah anggap tentang Al Islah, kami masih menternak Boer & Jamnapari tapi Kambing Kampung tidak kami lupa.

Kembali kepada anak Jamna Al Islah, 3 ekor anak Jamna Betina berumur 4 bulan bersedia untuk membesar dengan izin Allah swt. InsyaAllah. Inilah bakal Induk Jamna Al Islah. Pejantan Jamna akan menyusul... tunggu.....

Dok cari foto Anak Jamna, masih belum sempat nak upload.. tunggu.

Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Wednesday, May 7, 2008

Projek Mini Ternak Keli

Assalamualaikum wbt.,

Tup tup tup, dah siap satu kolam tangki ikan keli aku. Macam tak percaya je... hehe.
Sorry la, posting ni cerita pasal keli pulak. Last weekend memang memenatkan, apa taknya duk sibuk kemaskan laman rumah & prepare untuk masukkan satu tangki untuk ternak keli.

Sabtu pi beli tangki 200 gelen punya & accessories. Kemas laman rumah & etc etc... Hari ahad duk buat piping untuk masukkan water pump. Ntah la betul ke ternak keli guna water pump.... aku try je sebab tak mau air tu kotor & berbau. Masukkan 10 ekor je anak ikan keli, tu pun ehsan jiran cum jamaah surau, Alhamdulillah dapat la jugak ikan keli percuma buat permulaan. Seronoknya...

Hari isnin, beli makanan ikan.. mak oooiii mahal gak makanan ikan keli ni.. RM48 untuk 20kg palet ikan, huh serba serbi mahal sekarang ni.

Hari selasa, follow jiran pi kebun dia tengok kolam ikan dia. Sempat la amik nenas & ubi kayu sikit. Syukur murah rezeki hari tu. Lepas tu pi kandang sat, tengok anak kambing yang baru lahir hujung bulan lepas. Geramnya tengok anak kambing tu... comelnya. Semangat kekambingan semakin kuat. Plan nak tambah lagi. InsyaAllah. Lepas tu pi beli benih ikan keli kat Meru, Alhamdulillah dapat beli dalam 200 ekor untuk dimasukkan ke dalam kolam tangki aku.. hehe bestnya.

Hari ni, duk buat piping & setting water pump. Dah settle dah tangki pertama ikan keli aku di laman rumah sendiri. Water pump pun berfungsi dengan baik. Semoga Allah permudahkan segala urusan menternak keli ni.

Sekarang ni ada la dalam 210 ekor ikan keli pertama aku di tangki pertama aku. Tak lama lagi kalau ada rezeki boleh la makan keli organik sendiri...

Gambar nanti menyusul, terlupa lak nak snap.. hehe sebab terlalu asyik nak siapkan tangki sampai terlupa nak snap foto.

Terima kasih kepada Abg Mansor, jiran yang banyak membantu menjayakan projek mini ikan keli ini. Juga terima kasih kepada family tercinta yang sentiasa mendorong dalam segala aspek.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Next kolam akan menyusul.. tunggu.

Wassalam,
Al Islah Agro Farm

Sunday, April 27, 2008

Anak Boer Al Islah

Assalamualaikum wbt.,

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T. Dalam masa 2 hari kami menerima 4 ekor anak kambing dari 2 ekor ibu. 2 ekor anak betina lahir pada 26/04/08, Alhamdulillah sihat. Ini merupakan 2 anak Boer pertama kami yang hidup. Sungguh hebat kuasa Allah SWT, anak Boer yang lahir dalam beberapa jam sudah boleh berdiri, berjalan & menyusu sendiri tanpa bantuan manusia. Berikut anak Boer Betina kami.


Kasih sayang ibu pada anak-anaknya.


Baru lahir dah berdiri, berjalan & menyusu


27/04/08 sekitar jam 2.30 petang, kami menerima satu lagi berita tentang Boer kami. Ada berita sedih & berita gembira. Berita gembira kerana dapat 2 ekor anak Boer jantan tapi sedikit sedih sebab salah seekor darinya mati kerana tidak sempat diselamatkan. Allah Maha Kuasa. Tinggal la seekor anak Boer jantan. Alhamdulillah sihat. Lihat la Anak Boer jantan Al Islah yang sedang berehat.


Anak Boer Jantan Al Islah tengah berehat

Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Monday, April 14, 2008

Boer Gugur

Assalamualaikum wbt.,

Tanggal 24 Mac 2008, satu berita sampai kepada kami tentang kemalangan Boer kami. Boer kami keguguran 2 ekor anak. Sedih jugak dengar berita tersebut, ya la tu kan Boer pertama kami yang sepatutnya melahirkan anak tapi apa kan daya Allah Maha berkuasa.

Berikut kami sertakan anak Boer yang keguguran dan ibunya yang sedang bersedih..




Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Thursday, March 27, 2008

Al Islah Returns & Kambing Susu

Assalamualaikum wbt.,

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Maaf kerana agak lama tak update blog. Kekangan waktu membataskan diri ini untuk meng'update' blog ini. Selama 2 bulan menyepi kini kami kembali dengan lebih yakin. InsyaAllah semoga Allah memudahkan segala urusan semua.

Sedikit maklumat berkenaan susu kambing...

Susu Kambing

SUSU KAMBING (Kambing Saanen)
Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianaya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING

  • Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
  • Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
  • Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
  • Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
  • Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
KANDUNGAN PURATA SUSU KAMBING
(GM/LITER)



KANDUNGAN
GM/LITER

Bahan kering15 - 135
Lemak35- 40
Laktos47 - 52
Protin - Casein
Albumin
Globulin
27 - 30
Abu5 - 6



PERBANDINGAN KOMPOSISI SUSU KAMBING DENGAN LAIN-LAIN SUSU

Perbandingan kandungan bahan susu mengikut peratus


BAHAN

KAMBING

LEMBU

MANUSIA

Air
87.5

87.5

86.8

Lemak
3.9

3.7

3.8

Protin
3.2

3.1

1.3

Laktos
4.5

4.6

7.8

Abu
0.8

0.7

0.2


PERBANDINGAN KANDUNGAN VITAMIN

Perbandingan mengikut gm/liter



VITAMIN

KAMBING

KERBAU

LEMBU

Vitamin A
2070

1669

1560

Vitamin D
23.7

t.m

t.m

Riboflavin
1.84

1.07

1.75

Asid Nikotik
1.87

1.71

1.94

Choline
150

t.m

121

Inositol
210

t.m

110

Vitamin B1
0.0006

0.0043

0.0043


Nota: t.m - tiada maklumat

KAMBING SUSU

BakaSAANEN
FamilyCATRA HIRCUS
Negara AsalLEMBAH SAANEN SWITZERLAND
JurusanPENGELUARAN SUSU
WarnaBULU PENDEK,PUTEH, CREAM DENGAN TITIK HITAMDI HIDUNG, TELINGA DAN KELENJAR SUSU.
Berat semasa lahirJANTAN: 3 KG. - BETINA 3.3 KG
Berat DewasaJANTAN 68 - 91 KG - BETINA 36 - 63 KG
Nisbah1:20 EKOR (JANTAN : BETINA)
Tempoh BuntingPURATA 151 HARI
Jarak Kelahiran207 - 259 HARI
Kadar kelahiran60%
Purata anak - 1 tahun1.3 - 1.5 EKOR
Luas kawasan lantai18'PERSEGI
Pengeluaran susu0.8 - 3 LITER
Umur matangJANTAN 1.5 TAHUN BETINA 12-18 BULAN
Makan10% DARIPADA BERAT BADAN

KEBAIKAN KAMBING SUSU
Ketulan lemak yang lebih kecil - mudah hadzam
Mengandungi Vitamin D bentuk semula jadi
Kandungan protin yang lebih tinggi
Kurang alahan

sumber: infoternak.gov.my

Al Islah Agro farm

Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Thursday, January 24, 2008

Boer Pertama Al Islah

Assalamualaikum wbt.,

20hb Januari 2008, Sebilangan Boer telah berhijrah ke kandang kami di Kuala Selangor. Kami tiba di kandang pada jam 11.30 pagi, kebetulan lori yang membawa Boer kami juga tiba hampir sama dengan ketibaan kami. Tak la penat nak tunggu lama.

Terlalu teruja dengan kehadiran pertama Boer ke kandang kami, apa lagi proses memindahkan Boer dari lori ke kandang pun dilakukan dengan segera.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat penternak yang banyak membantu dalam proses pembelian, perpindahan & sebagainya. Kerjasama anda amat-amat kami hargai.

Antara Boer kami yang masih stress sejurus tiba di kandang kami.

Tuntutan untuk melakukan Islah dalam ekonomi ummah dimulakan disini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini.

Kerjasama dari semua pihak amat-amat diperlukan. Selamat maju jaya untuk semua.


Ikhlas

Al-Islah
Al Islah Agro Farm

Tuesday, January 15, 2008

Al Islah & ABZ Catering Menyediakan Khidmat Catering

Assalamualaikum wbt.,

Anda memerlukan khimat masak-memasak... kami ada penyelesaiannya. Sila perhatikan Menu yang kami sediakan.


HIDANGAN NASI BERIYANI JOHOR & KAMBING KUZI HIDANG SEEKOR


MENU 1 [RM13.00 seorang (termasuk pinggan/gelas/buffet set)]
NASI BERIYANI JOHOR (beriani gam)
DAGING (LEMBU/KAMBING) MASAK BERIYANI
AYAM MASAK KUZI
DALCA
PACERI NENAS atau ACAR TIMUN atau ACAR BUAH
BUAH-BUAHAN (tembikai atau oren)
MINUMAN (sirap atau sirap limau atau oren)


MENU 2 [RM16.00 seorang (termasuk pinggan/gelas/buffet set)]
NASI BERIYANI JOHOR (beriani gam)
DAGING (LEMBU/KAMBING) MASAK BERIYANI
AYAM MASAK KUZI
DALCA
PACERI NENAS atau ACAR TIMUN atau ACAR BUAH
KUIH MUIH
BUAH-BUAHAN (temikai atau oren)
MINUMAN (sirap atau sirap limau atau oren)


MENU 3 [RM500.00 upah masak]
KAMBING masak kuzi (hidang seekor)

Optional:1. Kambing Feral 30kg keatas harga bermula dari RM600 seekor.


MENU 4 [RM11.00 seorang (termasuk pinggan/gelas/buffet set)]
NASI PUTIH
AYAM MASAK KARI/KORMA/RENDANG/LEMAK/KICAP/GORENG BEREMPAH
DAGING MASAK KARI-KORMA-KICAP-RENDANG
IKAN MASAK ASAM PEDAS-KARI-LEMAK
SAYUR CAMPUR
ULAM-ULAM
SAMBAL BELACAN
BUAH-BAHAN
MINUMAN (sirap atau sirap limau atau oren)



Hubungi kami di
Al Islah Agro Farm
Klang
019-3149973

Boer hijrah ke kandang kami

Assalamualaikum wbt.,

Sempena Maal Hijrah, Al Islah Agro Farm juga melakukan penghijrahan Boer dari tempat pembekal ke kandang kami. Urusan pembelian telah selesai & InsyaAllah proses hijrah akan berlaku pada hujung minggu ini. Doakan kejayaan kami.

Boer : Kita nak pi mana ni tuan?
Tuan Boer : Kita hijrah la...
Boer : Hijrah ke mana, tempat ni tak elok ke?
Tuan Boer : Hijrah ke Kuala Selangor, bukan tempat sekarang tak elok tapi tempat baru lebih selesa.
Boer : Bila nak hijrah tuan?
Tuan Boer : Weekend la, sabtu atau ahad ni la.. nanti I confirmkan.
Boer : OK tuan, tolong jaga kami elok-elok tau...
Tuan Boer : InsyaAllah...

Note: kalau la Boer tu boleh berkata-kata, mungkin itu la antara ungkapan mereka...

Ingatlah bahawa kambing juga makhluk ciptaan Allah...

Al-Islah
Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Wednesday, January 9, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Assalamualaikum wbt.,

Salam Maal Hijrah 1429. Semoga Islam kembali Cemerlang.

Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Wednesday, January 2, 2008

Tertubuhnya Al Islah Agro Farm

Assalamualaikum wbt.,

02 Januari 2008 merupakan tarikh bersejarah untuk Al Islah Agro Farm kerana tarikh tersebut merupakan tarikh kelahiran Al Islah Agro Farm secara rasmi.

Al Islah Agro Farm (SA0073951-V)

InsyaAllah bersama kita mengorak langkah menuju kecemerlangan.

Al Islah Agro Farm

Bersama Islah Membina Kecemerlangan

02/01/2008

Monday, December 31, 2007

Pendaftaran AL ISLAH AGRO FARM

Assalamualaikum wbt.,

InsyaAllah AL ISLAH AGRO FARM akan didaftar secara rasmi sedikit masa lagi.
Reservation telah dilakukan sebentar tadi. Bermula la episod baru dalam dunia penternakan kambing khususnya.
Semoga dengan kehadiran AL ISLAH AGRO FARM akan merancakkan lagi indusri penternakan negara.
InsyaAllah sama-sama la kita berusaha untuk menjayakan misi masing-masing.

Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Kursus Ternakan Kambing #2- sambungan

Assalamualaikum wbt.,

Sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah.

Setelah berminggu-minggu tak update blog sebab berbagai-bagai urusan kini Alhamdulillah Allah melapangkan sedikit masa untuk berkongsi idea & sedikit pengalaman dalam dunia penternakan ini.

Sambungan kepada siri kursus yang lalu akan dicoretkan disessi ini. InsyaAllah.

Hari ke-3
Pengurusan Penternakan Kambing.

Kami didedahkan dengan alat-alat yang perlu sebelum sesuatu kelahiran berlaku. Barang-barang seperti bakul, guni, gunting, pisau, iodin atau skin heal, kain kering, tisu, benang atau tali, glove getah dan lain-lain lagi diperlukan untuk menyambut kelahiran anak kambing. Sewaktu berkursus tempoh hari takde la pulak kambing yang nak beranak so takde la peluang nak lakukan praktikal tersebut.

Jangan lupa 'long nose' untuk pegang tali pusat...

Susu awal ibu kambing atau lebih dikenali sebagai kolostrom (betul ke ejaan ni??) iaitu dalam susu dalam tempoh 24 jam selepas bersalin adalah sangat baik untuk anak kambing yang baru lahir. Susu awal ibu kambing tersebut boleh disimpan selama 3 bulan jika disimpan di dalam freezer.

Mengikut panduan & amalan tempat kami berkursus tersebut, susu tepung untuk binatang juga digunakan jika ibu kambing tersebut tidak mempunyai susu atau susunya tidak cukup. Bagus juga untuk dicampurkan susu + telur + madu.

Complete set Fisrt Aid Kits untuk binatang sekitar harga RM3.5K, boleh didapati dimana2 farmasi haiwan.

Manakala uri kambing pula elok la ditanam, jika ibu termakan maka lambat la sikit nak beranak... ada betul ke itu macam? aku pun tak pasti tentang perkara tersebut. Kalau maklumat itu betul elok la berhati-hati.

Nifas untuk kambing ni selama 31 hari.. singkat sikit dari nifas manusia. Jamu lepas beranak pun ada tau.. try tanya kat kedai di Batu Caves.

Cara traditional untuk mengelakkan anak yang baru lahir kembung elok la dibagi minyak kacang untuk 1 minggu sebanyak 1 sudu. Manakala untuk buntut anak kambing yang baru lahir elok la disapu minyak kacang/minyak kelapa untuk memudahkan anak kambing tersebut membuang najisnya.

Selepas proses kelahiran, anak & ibu akan ditempatkan bersama di dalam satu lot kandang selama 31 hari. Selepas itu anak kambing akan diasingkan disebelah lot ibunya.. nak kasi anak tu berkawan dengan anak-anak kambing lain la tu. Anak kambing tersebut akan menyusu sebanyak 3 kali sehari & mereka akan ke lot ibunya untuk menyusu. Cerai susu adalah dalam selepas 3 bulan.

Macam mana nak tahu kambing betina dah ada tanda-tanda berahi... antara tanda-tandanya ialah mengesel badan di kandang, kerap kencing, ekor tegak & bergoyang, air kemerahan dikemaluannya. Tempoh berahinya adalah selama 21 hari manakala waktu subur pula hanya 2 hari... patut la nak kena kawinkan mereka selama lebih 30 hari dalam satu-satu lot kandang.

Hari ke-3 yang menyeronokkan & memenatkan tetapi banyak yang dipelajari. Sebelah malamnya pula seperti biasa kami berkongsi pengalaman di dalam slot bersama pengusaha & peserta. Sempat join sekejap je sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan... hehe.
Hari ke-4, bersambung lagi.. jeng jeng jeng...
Al Islah Agro Farm

Tuesday, November 20, 2007

Kursus Ternakan Kambing

Assalamualaikum wbt.,

Kursus yang power. Teori & praktikal serentak selama 5 hari. Dikelolakan oleh bank & pengusaha ternakan kambing. Syukur Alhamdulillah & terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar & berkongsi idea, maklumat & pengalaman selama 5 hari bersama. Sesungguhnya Allah saja dapat menbalasnya.

Hari pertama (Jumaat) aku masuk agak lewat kerana ada sedikit urusan yang terpaksa diselesaikan. Alamak, ter'miss' sessi bergambar la pulak. Seramai lebih 30 orang dari seluruh negara menghadiri kursus tersebut. Selepas solat Jumaat, sessi bersama Doctor Samsul pun bermula berkisar kambing, kesihatan & pemakanan. Satu bentuk maklumat yang amat berguna walaupun hanya teori.

Sessi bersama En. Azhar bermula sekitar jam 4.30pm, menceritakan berkenaan kambing & penyakitnya. Sessi yang bagus, ngantuk pun hilang mendengar celotehnya yg berjaya menarik perhatian peserta.

Selepas makan malam diadakan sessi forum santai bersama pengusaha... maaf tak dapat join... hehe

Hari kedua (sabtu), sessi yang ditunggu-tunggu. Sessi praktikal dikandang kambing di Nilai, N9. Jam 8.15am bertolak dari Bangi ke Nilai. Jam 9.00am sampai. Sessi minum dulu... Selepas taklimat oleh pihak pengusaha, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A & Kumpulan B. Aku join kumpulan A... peringkat awal kami didedahkan dengan pengurusan ladang, kami diarah ke kawasan rumput napier yang ditanam mereka. Penerangan tentang Napier dilakukan di kawasan Napier tersebut, tinggi rupanya Napier ni.... Kami diminta untuk memotong Napier untuk dijadikan makanan kambing. 1st time aku potong rumput Napier, manis rupanya pangkal Napier ni... ada rasa macam tebu muda... try la.. best, patut la kambing suka... haha

Lepas penat memotong Napier, kami membawa hasil tersebut ke kawasan mesin chopper untuk sessi memotong. Hasil Napier yang dipotong digaulkan dengan soya hull (hampas soya) & gula merah. Soya hull dicampur sedikit air terbelih dahulu utk melembut & melembab kan ia. semua ramuan tersebut dicampur sedikit garam & digaul sehingga sebati... bab gaul ni, kalau ada 'concrete mixer' tu huh memang senang...

Then, sessi makan pun bermula... sian kat Jamnapari tu... lapor dah dia.. makan.. makan... makan...

Kami pun lepas tu makan la jugak.. bukan makan Napier tapi makan nasi la... Lunch best.. mata pun kuyu je lepas makan... rehat sat... solat then sambung balik sessi petang.


Sessi petang ni group kami didedahkan dengan pengurusan kandang. Tanah diperlukan (beli/pajak) untuk kandang & tanam rumput Napier. kalau 2 ekar tu boleh la mula untuk skala kecil/sederhana. Penggunaan Cabin (movable office) amat bersesuian atas tanah yang dipajak (kosnya kurang RM4K... luas lupa lak, nanti aku cek balik). Pastikan punca air senang didapati (boleh buat 'boring' untuk dapatkan punca air). Mesin chopper juga penting untuk memotong napier atau pelepah sawit (1 pun ok, kalau 2 mesin amat bagus sbb blh guna salah satu kalau ada yang rosak, 1 yang letrik & 1 lagi yg enjin diesel. Kos RM4.5K - RM6.5K).

Tiang kandang seelok-eloknya 6' sebab senang nak lalu bawah tu utk cuci tinja... nak simen atau tak lantai bawah tu terpulang sebab ada kelebihan masing2. Aku suka yang bersimen & ada longkang... tapi kosnya mahal sikit la.. Untuk mengurangkan bau-bauan yang kurang enak tu boleh guna EM (Effective Micro organisme)... Tiang atas kandang seelok2nya 8' & sistem pengudaraan kena bagus.. tak la lemas kambing tu... Internal wiring dalam RM2K tak termasuk kos TNB & tiang TNB. Stor makanan & ubat2an juga disediakan...

Keseluruhannya untuk 1st & 2nd day amat2 bermakna untuk aku... ilmu brother.. ilmu... Untuk hari ke 3 & seterusnya kita sambung next episode.. till then.. take care & ingat Allah selalu.

Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Thursday, October 4, 2007

Boer vs Jamnapari






Salah satu haiwan mamalia
Dibawa masuk ke Malaysia
Asalnya dari bumi Autralia
Namanya Boer memang tak sia-sia


Jamnapari pula asal India
Kini banyak dibela di Indonesia
Tinggi lampai badan dia
Rupa pula macam Pan Asia

Boer rendang tapi hebat
Sekali tengok nak je erat
Kalau ternak jangan lambat
Dia biak memang cepat

Nama manja dia Jamna
Sikit kecil dari lembu
Ye ke macam tu mama
kalau tak percaya mai la temu

Apa daa aku mengarut ni... hehe

Tuesday, October 2, 2007

Mengejar Impian & Kambing

Hampir 2 bulan lamanya duk mencari tempat yang sesuai untuk memulakan langkah pertama untuk menternak & menimba ilmu kambing. 5 tempat telah dilawati & juga berbincang mengenai usaha pertama aku ini. InsyaAllah lepas raya nanti boleh la aku buat keputusan macam mana nak mula.

Idea-idea??? Mana nak cari idea kalau masih baru dalam bidang ni. Minat memang minat, research pun buat, seminar pun attend, lawat kandang & berbincang dengan rakan-rakan dan saudara mara pun ada... tetapi kekadang idea untuk nak start tu stuck jugak... Ya Allah Kau permudahkanlah usaha hamba mu ini...

Setelah melalui beberapa fasa dalam urusan untuk langkah pertama, maka aku kuatkan tekad & usaha yang aku mesti menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang ini bila tiba masanya. Buat permulaan ini strategi mesti dirancang sebaik mungkin agar tidak kecundang di kemudian hari.. InsyaAllah.

Islah Farm nama diberi kerana aku sendiri ingin mengIslahkan diri ini khususnya & masyarakat amnya. Islah Farm merupakan usaha perintis antara sahabat aku & aku sendiri. Kami start brainstorm nak jump into this bisnes rasanya dalam bulan 3 or 4 tahun 2007. Maknanya dah 6-7 bulan kami duk bincang, atur strategi, attend seminar, lawat kandang dll... InsyaAllah sikit masa lagi boleh la kami putuskan untuk bersama-sama para penternak yang lain untuk sama-sama berganding bahu menggalas satu usaha murni dalam memertabatkan industri penternakan kambing ini sebagai perniagaan halal & suci.

Tunggu kemunculan Islah Farm... InsyaAllah Islah Farm akan memberi yang terbaik.

Saturday, August 4, 2007

Memulakan Islah Farm

Islah Farm dilahirkan secara tidak rasmi pada bulan Julai 2007. Urusan rasmi masih diperingkat pemprosesan.

InsyaAllah Islah Farm akan memulakan langkah dalam dunia Industri Tani dalam masa terdekat. Tunggu kemunculan kami.

Islah bermaksud pembaikan kearah yang lebih baik, itulah juga motto kami. Islah Farm... bersama Islah membina kecemerlangan.

Doakan kejayaan kami... InsyaAllah.