Monday, December 31, 2007

Pendaftaran AL ISLAH AGRO FARM

Assalamualaikum wbt.,

InsyaAllah AL ISLAH AGRO FARM akan didaftar secara rasmi sedikit masa lagi.
Reservation telah dilakukan sebentar tadi. Bermula la episod baru dalam dunia penternakan kambing khususnya.
Semoga dengan kehadiran AL ISLAH AGRO FARM akan merancakkan lagi indusri penternakan negara.
InsyaAllah sama-sama la kita berusaha untuk menjayakan misi masing-masing.

Al Islah Agro Farm
Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Kursus Ternakan Kambing #2- sambungan

Assalamualaikum wbt.,

Sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah.

Setelah berminggu-minggu tak update blog sebab berbagai-bagai urusan kini Alhamdulillah Allah melapangkan sedikit masa untuk berkongsi idea & sedikit pengalaman dalam dunia penternakan ini.

Sambungan kepada siri kursus yang lalu akan dicoretkan disessi ini. InsyaAllah.

Hari ke-3
Pengurusan Penternakan Kambing.

Kami didedahkan dengan alat-alat yang perlu sebelum sesuatu kelahiran berlaku. Barang-barang seperti bakul, guni, gunting, pisau, iodin atau skin heal, kain kering, tisu, benang atau tali, glove getah dan lain-lain lagi diperlukan untuk menyambut kelahiran anak kambing. Sewaktu berkursus tempoh hari takde la pulak kambing yang nak beranak so takde la peluang nak lakukan praktikal tersebut.

Jangan lupa 'long nose' untuk pegang tali pusat...

Susu awal ibu kambing atau lebih dikenali sebagai kolostrom (betul ke ejaan ni??) iaitu dalam susu dalam tempoh 24 jam selepas bersalin adalah sangat baik untuk anak kambing yang baru lahir. Susu awal ibu kambing tersebut boleh disimpan selama 3 bulan jika disimpan di dalam freezer.

Mengikut panduan & amalan tempat kami berkursus tersebut, susu tepung untuk binatang juga digunakan jika ibu kambing tersebut tidak mempunyai susu atau susunya tidak cukup. Bagus juga untuk dicampurkan susu + telur + madu.

Complete set Fisrt Aid Kits untuk binatang sekitar harga RM3.5K, boleh didapati dimana2 farmasi haiwan.

Manakala uri kambing pula elok la ditanam, jika ibu termakan maka lambat la sikit nak beranak... ada betul ke itu macam? aku pun tak pasti tentang perkara tersebut. Kalau maklumat itu betul elok la berhati-hati.

Nifas untuk kambing ni selama 31 hari.. singkat sikit dari nifas manusia. Jamu lepas beranak pun ada tau.. try tanya kat kedai di Batu Caves.

Cara traditional untuk mengelakkan anak yang baru lahir kembung elok la dibagi minyak kacang untuk 1 minggu sebanyak 1 sudu. Manakala untuk buntut anak kambing yang baru lahir elok la disapu minyak kacang/minyak kelapa untuk memudahkan anak kambing tersebut membuang najisnya.

Selepas proses kelahiran, anak & ibu akan ditempatkan bersama di dalam satu lot kandang selama 31 hari. Selepas itu anak kambing akan diasingkan disebelah lot ibunya.. nak kasi anak tu berkawan dengan anak-anak kambing lain la tu. Anak kambing tersebut akan menyusu sebanyak 3 kali sehari & mereka akan ke lot ibunya untuk menyusu. Cerai susu adalah dalam selepas 3 bulan.

Macam mana nak tahu kambing betina dah ada tanda-tanda berahi... antara tanda-tandanya ialah mengesel badan di kandang, kerap kencing, ekor tegak & bergoyang, air kemerahan dikemaluannya. Tempoh berahinya adalah selama 21 hari manakala waktu subur pula hanya 2 hari... patut la nak kena kawinkan mereka selama lebih 30 hari dalam satu-satu lot kandang.

Hari ke-3 yang menyeronokkan & memenatkan tetapi banyak yang dipelajari. Sebelah malamnya pula seperti biasa kami berkongsi pengalaman di dalam slot bersama pengusaha & peserta. Sempat join sekejap je sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan... hehe.
Hari ke-4, bersambung lagi.. jeng jeng jeng...
Al Islah Agro Farm

Tuesday, November 20, 2007

Kursus Ternakan Kambing

Assalamualaikum wbt.,

Kursus yang power. Teori & praktikal serentak selama 5 hari. Dikelolakan oleh bank & pengusaha ternakan kambing. Syukur Alhamdulillah & terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar & berkongsi idea, maklumat & pengalaman selama 5 hari bersama. Sesungguhnya Allah saja dapat menbalasnya.

Hari pertama (Jumaat) aku masuk agak lewat kerana ada sedikit urusan yang terpaksa diselesaikan. Alamak, ter'miss' sessi bergambar la pulak. Seramai lebih 30 orang dari seluruh negara menghadiri kursus tersebut. Selepas solat Jumaat, sessi bersama Doctor Samsul pun bermula berkisar kambing, kesihatan & pemakanan. Satu bentuk maklumat yang amat berguna walaupun hanya teori.

Sessi bersama En. Azhar bermula sekitar jam 4.30pm, menceritakan berkenaan kambing & penyakitnya. Sessi yang bagus, ngantuk pun hilang mendengar celotehnya yg berjaya menarik perhatian peserta.

Selepas makan malam diadakan sessi forum santai bersama pengusaha... maaf tak dapat join... hehe

Hari kedua (sabtu), sessi yang ditunggu-tunggu. Sessi praktikal dikandang kambing di Nilai, N9. Jam 8.15am bertolak dari Bangi ke Nilai. Jam 9.00am sampai. Sessi minum dulu... Selepas taklimat oleh pihak pengusaha, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A & Kumpulan B. Aku join kumpulan A... peringkat awal kami didedahkan dengan pengurusan ladang, kami diarah ke kawasan rumput napier yang ditanam mereka. Penerangan tentang Napier dilakukan di kawasan Napier tersebut, tinggi rupanya Napier ni.... Kami diminta untuk memotong Napier untuk dijadikan makanan kambing. 1st time aku potong rumput Napier, manis rupanya pangkal Napier ni... ada rasa macam tebu muda... try la.. best, patut la kambing suka... haha

Lepas penat memotong Napier, kami membawa hasil tersebut ke kawasan mesin chopper untuk sessi memotong. Hasil Napier yang dipotong digaulkan dengan soya hull (hampas soya) & gula merah. Soya hull dicampur sedikit air terbelih dahulu utk melembut & melembab kan ia. semua ramuan tersebut dicampur sedikit garam & digaul sehingga sebati... bab gaul ni, kalau ada 'concrete mixer' tu huh memang senang...

Then, sessi makan pun bermula... sian kat Jamnapari tu... lapor dah dia.. makan.. makan... makan...

Kami pun lepas tu makan la jugak.. bukan makan Napier tapi makan nasi la... Lunch best.. mata pun kuyu je lepas makan... rehat sat... solat then sambung balik sessi petang.


Sessi petang ni group kami didedahkan dengan pengurusan kandang. Tanah diperlukan (beli/pajak) untuk kandang & tanam rumput Napier. kalau 2 ekar tu boleh la mula untuk skala kecil/sederhana. Penggunaan Cabin (movable office) amat bersesuian atas tanah yang dipajak (kosnya kurang RM4K... luas lupa lak, nanti aku cek balik). Pastikan punca air senang didapati (boleh buat 'boring' untuk dapatkan punca air). Mesin chopper juga penting untuk memotong napier atau pelepah sawit (1 pun ok, kalau 2 mesin amat bagus sbb blh guna salah satu kalau ada yang rosak, 1 yang letrik & 1 lagi yg enjin diesel. Kos RM4.5K - RM6.5K).

Tiang kandang seelok-eloknya 6' sebab senang nak lalu bawah tu utk cuci tinja... nak simen atau tak lantai bawah tu terpulang sebab ada kelebihan masing2. Aku suka yang bersimen & ada longkang... tapi kosnya mahal sikit la.. Untuk mengurangkan bau-bauan yang kurang enak tu boleh guna EM (Effective Micro organisme)... Tiang atas kandang seelok2nya 8' & sistem pengudaraan kena bagus.. tak la lemas kambing tu... Internal wiring dalam RM2K tak termasuk kos TNB & tiang TNB. Stor makanan & ubat2an juga disediakan...

Keseluruhannya untuk 1st & 2nd day amat2 bermakna untuk aku... ilmu brother.. ilmu... Untuk hari ke 3 & seterusnya kita sambung next episode.. till then.. take care & ingat Allah selalu.

Bersama Islah Membina Kecemerlangan

Thursday, October 4, 2007

Boer vs Jamnapari






Salah satu haiwan mamalia
Dibawa masuk ke Malaysia
Asalnya dari bumi Autralia
Namanya Boer memang tak sia-sia


Jamnapari pula asal India
Kini banyak dibela di Indonesia
Tinggi lampai badan dia
Rupa pula macam Pan Asia

Boer rendang tapi hebat
Sekali tengok nak je erat
Kalau ternak jangan lambat
Dia biak memang cepat

Nama manja dia Jamna
Sikit kecil dari lembu
Ye ke macam tu mama
kalau tak percaya mai la temu

Apa daa aku mengarut ni... hehe

Tuesday, October 2, 2007

Mengejar Impian & Kambing

Hampir 2 bulan lamanya duk mencari tempat yang sesuai untuk memulakan langkah pertama untuk menternak & menimba ilmu kambing. 5 tempat telah dilawati & juga berbincang mengenai usaha pertama aku ini. InsyaAllah lepas raya nanti boleh la aku buat keputusan macam mana nak mula.

Idea-idea??? Mana nak cari idea kalau masih baru dalam bidang ni. Minat memang minat, research pun buat, seminar pun attend, lawat kandang & berbincang dengan rakan-rakan dan saudara mara pun ada... tetapi kekadang idea untuk nak start tu stuck jugak... Ya Allah Kau permudahkanlah usaha hamba mu ini...

Setelah melalui beberapa fasa dalam urusan untuk langkah pertama, maka aku kuatkan tekad & usaha yang aku mesti menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang ini bila tiba masanya. Buat permulaan ini strategi mesti dirancang sebaik mungkin agar tidak kecundang di kemudian hari.. InsyaAllah.

Islah Farm nama diberi kerana aku sendiri ingin mengIslahkan diri ini khususnya & masyarakat amnya. Islah Farm merupakan usaha perintis antara sahabat aku & aku sendiri. Kami start brainstorm nak jump into this bisnes rasanya dalam bulan 3 or 4 tahun 2007. Maknanya dah 6-7 bulan kami duk bincang, atur strategi, attend seminar, lawat kandang dll... InsyaAllah sikit masa lagi boleh la kami putuskan untuk bersama-sama para penternak yang lain untuk sama-sama berganding bahu menggalas satu usaha murni dalam memertabatkan industri penternakan kambing ini sebagai perniagaan halal & suci.

Tunggu kemunculan Islah Farm... InsyaAllah Islah Farm akan memberi yang terbaik.

Saturday, August 4, 2007

Memulakan Islah Farm

Islah Farm dilahirkan secara tidak rasmi pada bulan Julai 2007. Urusan rasmi masih diperingkat pemprosesan.

InsyaAllah Islah Farm akan memulakan langkah dalam dunia Industri Tani dalam masa terdekat. Tunggu kemunculan kami.

Islah bermaksud pembaikan kearah yang lebih baik, itulah juga motto kami. Islah Farm... bersama Islah membina kecemerlangan.

Doakan kejayaan kami... InsyaAllah.